Khamis, 19 Mac 2015


  SINOPSIS DASAR EKONOMI BARU
                                                                       
            Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara. Selain itu, rancangan ini juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu,serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain. Maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini. Ketegangan antara golongan yang berharta dan tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain.Didapati juga orang melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990.

            Secara khususnya sumbangan DEB kepada pembentukan perpaduan di Malaysia pada masa kini adalah untuk mengurangkan dan menghapuskan keadaan dan suasana sosial serta ekonomi yang tidak seimbang. Selain itu menggalakkan perkongsian yang adil dan saksama supaya faedah yang diperolehi daripada pembangunan negara dapat dinikmati bersama oleh semua rakyat malaysia. Seterusnya menggalakkan dan mengukuhkan intergrasi nasional menerusi pegurangan jurang perbezaan pembangunan ekonomi diantara negeri dan diantara kawasan bandar dan luar bandar.Membangunkan sebuah masyarakat yang maju dimana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping memiliki nilai-nilai sosial dan kerohanian serta perasaan cinta akan negara.Disamping itu, DEB juga memajukan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri menerusi satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.

FUNGSI-FUNGSI DEB
Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-
·         penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
·         pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;
Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.
Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:
·         Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;
·         Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
·         Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain;
·         Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.
Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:
·         penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
·         pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;

Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. 

Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.

Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya :
 
Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;
Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.

Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain.

Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
       FAKTOR-FAKTOR PENUBUHAN DEB
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia Kedua pada tahun 1970 selepas negara dikejutkan dengan peristiwa 13 Mei 1969:
[i] Siapa sangka bahawa peristiwa rusuhan kaum ini merupakan kejutan sosiopolitik terhadap kehidupan masyarakat majmuk di negara kita yang dipisahkan jurang sosioekonomi yang sangat ketara oleh penjajah tanpa diatasi sepenuhnya pemimpin terdahulu. Atas dasar demi kemakmuran dan keamanan yang perlu dikekalkan, maka kerajaan mengambil telah langkah bijak dengan usaha mengagihkan kekayaan negara kepada semua kaum terutama kaum bumiputera yang jauh ketinggalan dalam menikmati kemakmuran dalam negara sendiri menerusi DEB.
[ii] DEB merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama yang meliputi tempoh antara tahun 1970-1990 melalui:
      Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
      Rancangan Malaysia Ketiga (1976- 1980)
      Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
      Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990 )
[iii]Bagaimana pun, masyarakat bukan bumiputera juga tidak dinafikan hak mereka. Dalam pelaksanaan DEB, konsep serampang dua mata sangat popular digunakan kerana terdapat dua matlamat yang digariskan dalam dasar ini iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat di negara kita. Kedua-dua matlamat ini mempunyai tuju arah yang satu iaitu mengintegrasikan masyarakat majmuk Malaysia.

Strategi Membasmi Kemiskinan
Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum merupakan matlamat utama DEB. Hal ini kerana pencetus dasar ini jelas disebabkan ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik.
[iv]Antara strategi membasmi kemiskinan yang dilaksanakan dalam DEB ialah memodenkan keadaan kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah sama ada di bandar atau di luar bandar dengan meningkatkan lagi penyediaan kemudahan-kemudahan asas dan juga yang bersabit dengan pendidikan seperti bantuan buku dan biasiswa.
[v] Keadaan masyarakat Malaysia sebelum DEB sangat berbeza-beza apatah lagi hanya masyarakat yang tinggal di bandar sahaja menikmati kemudahan-kemudahan asas seperti perubatan, pendidikan dan sebagainya manakala masyarakat di luar jauh ketinggalan. Dengan memodenkan keadaan kehidupan rakyat dengan menyediakan kemudahan asas iaitu pendidikan, perkhidmatan, perubatan, bekalan air dan bekalan elektrik[vi] sekaligus jurang kemiskinan dapat dikendurkan.
[vii]Selain itu, kerajaan turut meluaskan lagi peluang-peluang pekerjaan bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum juga dilaksanakan dalam strategi membasmi kemiskinan. Kerajaan telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum tanpa terikat lagi dengan dasar ekonomi pecah dan perintah penjajah. Maknanya, kaum Melayu diberi peluang luas menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan bidang-bidang lain yang sebelum ini kaum Melayu amat terikat dengan kegiatan pertanian sara diri di luar bandar. Begitu juga dengan kaum lain seperti Cina dan India turut diberi peluang mencebur diri dalam bidang ekonomi lain seperti bidang perkhidmatan dan perindustrian.

Di samping itu, kerajaan juga telah mengalakkan penyertaan semua kaum dalam sektor-sektor yang berpotensi tinggi dan daya pengeluaran yang tinggi seperti perniagaan, perindustrian dan juga perkhidmatan.
[viii] Hal ini bertujuan agar rakyat Malaysia yang mempunyai modal yang besar digalakkan menceburkan diri dalam bidang berpotensi tinggi sekaligus membantu pembangunan ekonomi negara dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum.Strategi lain yang dilaksanakan dalam strategi membasmi kemiskinan ialah memajukan lagi daya pengeluaran golongan miskin yang seterusnya dapat meningkatkan pendapatan penduduk. Antara langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah menambahkan peluang untuk menukarkan kegiatan yang mempunyai daya pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi seperti rancangan tanah FELDA, FELCRA, projek perikanan dan ternakan moden; kegiatan perniagaan, pembuatan dan perkhidmatan moden; kemudahan bantuan kewangan dan teknik; serta peluang pendidikan dan latihan.Kerajaan juga berusaha menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan melalui teknik moden dan kemudahan-kemudahan yang lebih baik, dengan program-program tanaman padi dua kali setahun; tanaman padi luar musim; kemudahan parit dan tali air; kemudahan pasaran dan kredit demi membantu golongan bumiputera di kawasan luar bandar.

1 ulasan:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa (Atlantic City, New Jersey)
    Information and reviews about Borgata Hotel Casino & 전라북도 출장안마 Spa in Atlantic City, including opening hours, site, telephone 양주 출장안마 number, 안양 출장마사지 map and 남원 출장안마 more. Rating: 3.7 · ‎12 reviews 전주 출장안마

    BalasPadam