ASSALAMMUALAIKUM ..
Sebelum 1970, dasar pembangunan Malaysia disasarkan terutamanya untuk menggalakkan perkembangan dengan penekanan kepada pasaran eksport. Walaupun ekonomi berkembang dengan cepat dalam tempoh ini pada purata tahunan 6.0 peratus, aspek pengagihan kurang diberikan penekanan. Ini menghasilkan ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik yang memberi kesan negatif dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969. |
Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 telah melakar sejarah dalam pembentukan dasar ekonomi Malaysia. DEB menekankan kepentingan mencapai sasaran sosioekonomi seiring dengan pertumbuhan ekonomi sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan