DASAR
EKONOMI BARU
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun
1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan
negara. Selain itu, rancangan ini juga bertujuan untuk menyusun semula
ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat
bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara
yang bersatu padu,serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan
sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain. Maka DEB telah dirancang
untuk memperbaiki keadaan ini. Ketegangan antara golongan yang berharta dan
tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang
melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang
lain.Didapati juga orang melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu
bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi
yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan
selama 20 tahun bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990.
Secara khususnya
sumbangan DEB kepada pembentukan perpaduan di Malaysia pada masa kini adalah
untuk mengurangkan dan menghapuskan keadaan dan suasana sosial serta ekonomi
yang tidak seimbang. Selain itu menggalakkan perkongsian yang adil dan saksama
supaya faedah yang diperolehi daripada pembangunan negara dapat dinikmati
bersama oleh semua rakyat malaysia. Seterusnya menggalakkan dan mengukuhkan
intergrasi nasional menerusi pegurangan jurang perbezaan pembangunan ekonomi
diantara negeri dan diantara kawasan bandar dan luar bandar.Membangunkan sebuah
masyarakat yang maju dimana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang
tinggi di samping memiliki nilai-nilai sosial dan kerohanian serta perasaan
cinta akan negara.Disamping itu, DEB juga memajukan pembangunan sumber manusia
dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan
kemahiran bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri menerusi satu
budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.
FUNGSI-FUNGSI DEB
Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang
tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang
Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain.
Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing
dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang
baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan
selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan
pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang
dua mata:-
- penyusunan
semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan
kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
- pembasmian
kemiskinan tanpa mengira kaum
Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi
ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan
bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3%
daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis
kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah
RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar.
Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan
kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan
elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk
mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran
dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah.
Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan
telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa
kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun
1970.
Bagi memastikan matlamat
yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan
ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut
fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah
melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian,
perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat
yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:
- Mengurangkan
keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan
pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh
mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990.
- Mempastikan
pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan
orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan
memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan
ekonomi.
- Menambah
dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif.
Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak
ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain;
- Meninggikan
daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.
Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan
Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar
Ekonomi Baru.
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan
menerusi strategi serampang dua mata:
- penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
- pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;
Bagi memastikan
matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk
menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan
banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga
miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah
RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar.
Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan
dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan
elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk
mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran
dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah.
Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan
telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar
kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.
Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya :
Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya :
Mengurangkan keadaan
yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum
dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi
kaum menjelang tahun 1990. Selain itu,mempastikan pembentukan sebuah masyarakat
perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya
mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis
peringkat kegiatan ekonomi.
Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain.
Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
FAKTOR-FAKTOR
PENUBUHAN DEB
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan dasar yang
diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia Kedua pada
tahun 1970 selepas negara dikejutkan dengan peristiwa 13 Mei 1969:
[i] Siapa
sangka bahawa peristiwa rusuhan kaum ini merupakan kejutan sosiopolitik
terhadap kehidupan masyarakat majmuk di negara kita yang dipisahkan jurang
sosioekonomi yang sangat ketara oleh penjajah tanpa diatasi sepenuhnya pemimpin
terdahulu. Atas dasar demi kemakmuran dan keamanan yang perlu dikekalkan, maka
kerajaan mengambil telah langkah bijak dengan usaha mengagihkan kekayaan negara
kepada semua kaum terutama kaum bumiputera yang jauh ketinggalan dalam
menikmati kemakmuran dalam negara sendiri menerusi DEB.
[ii] DEB
merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama yang meliputi tempoh antara
tahun 1970-1990 melalui:
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
Rancangan Malaysia Ketiga (1976- 1980)
Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990 )
[iii] Bagaimana
pun, masyarakat bukan bumiputera juga tidak dinafikan hak mereka. Dalam
pelaksanaan DEB, konsep serampang dua mata sangat popular digunakan kerana
terdapat dua matlamat yang digariskan dalam dasar ini iaitu membasmi kemiskinan
dan menyusun semula masyarakat di negara kita. Kedua-dua matlamat ini mempunyai
tuju arah yang satu iaitu mengintegrasikan masyarakat majmuk Malaysia.
Strategi
Membasmi Kemiskinan
Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum
merupakan matlamat utama DEB. Hal ini kerana pencetus dasar ini jelas
disebabkan ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta
adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih
banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga
orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum
lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik.
[iv] Antara
strategi membasmi kemiskinan yang dilaksanakan dalam DEB ialah memodenkan
keadaan kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah sama ada di bandar atau di
luar bandar dengan meningkatkan lagi penyediaan kemudahan-kemudahan asas dan
juga yang bersabit dengan pendidikan seperti bantuan buku dan biasiswa.
[v] Keadaan
masyarakat Malaysia sebelum DEB sangat berbeza-beza apatah lagi hanya
masyarakat yang tinggal di bandar sahaja menikmati kemudahan-kemudahan asas
seperti perubatan, pendidikan dan sebagainya manakala masyarakat di luar jauh
ketinggalan. Dengan memodenkan keadaan kehidupan rakyat dengan menyediakan
kemudahan asas iaitu pendidikan, perkhidmatan, perubatan, bekalan air dan
bekalan elektrik[vi] sekaligus jurang kemiskinan dapat dikendurkan.
[vii] Selain
itu, kerajaan turut meluaskan lagi peluang-peluang pekerjaan bagi semua rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum juga dilaksanakan dalam strategi membasmi
kemiskinan. Kerajaan telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua
kaum tanpa terikat lagi dengan dasar ekonomi pecah dan perintah penjajah.
Maknanya, kaum Melayu diberi peluang luas menceburkan diri dalam bidang
perniagaan dan bidang-bidang lain yang sebelum ini kaum Melayu amat terikat
dengan kegiatan pertanian sara diri di luar bandar. Begitu juga dengan kaum
lain seperti Cina dan India turut diberi peluang mencebur diri dalam bidang
ekonomi lain seperti bidang perkhidmatan dan perindustrian.
Di samping itu, kerajaan juga telah mengalakkan
penyertaan semua kaum dalam sektor-sektor yang berpotensi tinggi dan daya
pengeluaran yang tinggi seperti perniagaan, perindustrian dan juga
perkhidmatan.
[viii] Hal
ini bertujuan agar rakyat Malaysia yang mempunyai modal yang besar digalakkan
menceburkan diri dalam bidang berpotensi tinggi sekaligus membantu pembangunan
ekonomi negara dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua
kaum.Strategi lain yang dilaksanakan dalam strategi membasmi kemiskinan ialah
memajukan lagi daya pengeluaran golongan miskin yang seterusnya dapat
meningkatkan pendapatan penduduk. Antara langkah yang dilaksanakan oleh
kerajaan ialah menambahkan peluang untuk menukarkan kegiatan yang mempunyai
daya pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi seperti rancangan tanah FELDA,
FELCRA, projek perikanan dan ternakan moden; kegiatan perniagaan, pembuatan dan
perkhidmatan moden; kemudahan bantuan kewangan dan teknik; serta peluang pendidikan
dan latihan.Kerajaan juga berusaha menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan
melalui teknik moden dan kemudahan-kemudahan yang lebih baik, dengan
program-program tanaman padi dua kali setahun; tanaman padi luar musim;
kemudahan parit dan tali air; kemudahan pasaran dan kredit demi membantu
golongan bumiputera di kawasan luar bandar.
Strategi
Menyusun Semula Masyarakat
Salah satu strategi menyusun semula masyarakat
ialah menambahkan pemilikan rakyat dalam sektor swasta. Strategi ini bertujuan
meningkatkan pemilikan kaum bumiputera sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah
saham dalam sektor swasta dan perniagaan. Perkara ini tidak bermakna menafikan
hak bukan bumiputera kerana DEB juga jelas menggariskan bahawa penglibatan
mereka boleh mencapai sehingga tahap 40% dalam tempoh yang sama dan selebihnya
pelabur-pelabur asing.
[ix] Hal
ini disebabkan kaum bumiputera memang ketinggalan dalam pemilikan ekonomi sejak
negara kita mencapai kemerdekaan.
Selain itu, strategi menyusun semula masyarakat
juga termasuk membina satu masyarakat perdagangan dalam kalangan bumiputera.
Matlamat untuk membentuk sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera (MPPB) telah disokong oleh kerajaan melalui pemberian kontrak,kuota
dan lesen kepada perniagaan milik bumiputera dan syarikat usaha sama dengan
bumiputera.Antara langkah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat
pedagang ialah menambahkan pemilikan bumiputera dalam ekonomi melalui penubuhan
UDA dan pelancaran Permodalan Nasional Berhad dan Amanah Saham Nasional. Selain
itu, Akta Penyelarasan Perindustrian (1975) juga telah diluluskan dalam tempoh
DEB. Perkara ini jelas ingin memastikan penglibatan 30% bumiputera dalam
pemilikan ekonomi tercapai. Kerajaan juga telah menyediakan beberapa pakej
sokongan baru untuk mencapai matlamat ini seperti Dasar Persyarikatan Malaysia
dan Dasar Penswastaan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan membuka
lebih banyak peluang pekerjaan sekaligus kadar pengangguran negara dapat
dikurangkan.
Strategi lain dalam menyusun semula masyarakat
yang pelbagai ras ialah membangunkan kawasan-kawasan yang selama ini mundur
tetapi berpotensi tinggi. Antaranya ialah pembangunan wilayah.
[x] Objektif
rancangan dan pembangunan wilayah di bawah DEB adalah mengurangkan
ketidaksamaan tingkat kehidupan di antara kawasan-kawasan dengan menggandakan
kadar pertumbuhan yang berhubung dengan kawasan-kawasan yang kurang membangun,
mengeksploitasi sepenuhnya potensi sumber-sumber tenaga manusia dan fizikal di
kawasan kurang membangun dan dengan menyamaratakan agihan
perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan asas.
[xi] Perancangan
Wilayah ini boleh terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
1. Perancangan untuk pembangunan sumber-sumber
kawasan seperti Johor Tenggara, Perak Utara, Melaka dan Utara Semenanjung.
2. Rancangan kawasan-kawasan utara atau
pusat-pusat pertumbuhan, termasuklah Rancangan Lembah Kelang, Pelan Induk Pulau
Pinang, Rancangan Johor Selatan dan Rancangan Kuantan.
3. Rancangan pembangunan pertanian untuk
kawasan Perak hingga barat daya Johor
.[xii] DEB
juga turut memberi ruang kepada pembangunan bandar, Kerajaan telah mencorakkan
perbandaran-perbandaran baru dan pembinaan industri-industri baru supaya
kepentingan kaum Melayu sentiasa diuatamakan. Kerajaan telah menitikberatkan latihan
kemahiran kepada kaum Melayu agar mereka berkebolehan mengurus, mentadbir, atau
memiliki perusahaan-perusahaan. Perkara ini telah mengalakkan penghijrahan
orang Melayu dari luar bandar ke bandar. Orang Melayu yang berhijrah ke bandar
pada umumnya terdiri daripada golongan msikin muda dalam lingkungan umur antara
20-30 tahun.
[xiii] Hal
ini disebabkan tawaran kerajaan dalam DEB kepada mereka sangat baik sekaligus
untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu kemiskinan. Untuk mencapai
matlamat itu, pelbagai institusi disaran memberi peluang kepada bumiputera
iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Nasional (PERNAS), Federal
Industrial Development Authority (FIDA), Malaysian Industrial Development
Finance) dan Urban Development Finance) dan Urban Development Authority (UDA)
yang menyediakan keperluan-keperluan teknikal dan bantuan kewangan kepada kaum
Melayu dan bumiputera yang lain dalam bidang moden, sama ada secara keseluruhan
ataupun secara usaha bersama.
[xiv] Di
samping itu, dalam menyusun semula masyarakat kerajaan juga telah berusaha
meluaskan lagi peluang-peluang pelajaran dalam dan luar negeri. Hal ini
bermaksud kerajaan telah mengalakkan lebih golongan bumiputera melanjutkan
pelajaran dalam dan luar negara demi menambahkan jumlah pekerja bumiputera
dalam bidang profesional seperti guaman, perubatan dan lain-lain lagi. Kerajaan
juga telah membina dan menyediakan lebih banyak sekolah-sekolah di kawasan luar
bandar dan juga turut menyediakan kemudahan sampingan yang lain bagi
meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kalangan rakyat.Bagi pelajar yang mendapat
keputusan yang baik dalam peperiksaan, kerajaan turut menyediakan kemudahan
biasiswa dan kerajaan turut memberi kuota kepada orang Melayu untuk melanjutkan
pelajaran ke universiti awam.
[xv] Hal ini juga disebabkan kaum bumiputera jauh
ketinggalan ke belakang dalam bidang pendidikan dan ini juga menjadi asas
penting kepada perubahan besar ekonomi Malaysia serta pemindahan secara
beransur-ansur pekerja-pekerja Bumiputera ke sektor-sektor moden industri dan
bidang yang diharapkan. Hasilnya daripada itu, kenaikkan pendapatan purata
bulanan isi rumah kaum Melayu di Semenanjung adalah 5 kali ganda antara tahun
1970 dengan 1990, berbanding kaum Cina yang cuma 4 kali ganda pada tempoh yang
sama. Dari segi guna tenaga, didapati kaum Melayu yang terlibat dalam sektor
pertama, khususnya pertanian masih tinggi. Walau bagaimanapun, penglibatan kaum
Melayu dalam sektor kedua dan ketiga telah bertambah. Keahlian bumiputera dalam
kumpulan profesional seperti arkitek, akauntan, jurutera dan doktor di Malaysia
juga telah berkembang dengan cepat.
Kesan DEB kepada masyarakat dan pembangunan
negara
4.1 Sektor
Pendidikan
Kejayaan DEB
yang paling nyata dan membanggakan ialah penurunan kadar kemiskinan dan
peningkatan taraf pendidikan kaum Bumiputera. Melalui pendidikan yang diterapkan, telah memberikan impak yang positif sehingga hari
ini dimana bilangan profesional Bumiputera telah bertambah. Peratusan graduan
Bumiputera ke luar negara untuk mencapai tahap profesionalisma bumiputera
ke puncak tertinggi juga meningkat. Kini, terdapat
ramai pakar perubatan Bumiputera di hospital-hospital. Keadaan ini jauh berbeza
jika dibandingkan dengan kira-kira 45 tahun lalu di mana hanya ada segelintir
sahaja doktor pakar Bumiputera. Malahan, kini, banyak syarikat besar di
Malaysia diketuai oleh golongan profesional Bumiputera
dan ramai profesional Bumiputera mampu berdaya
saing untuk bekerja di luar negara.Kejayaan DEB melalui pendidikan telah membawa
kepada masyarakat Melayu yang berpendidikan sejak 70-an yang telah
menyumbang kepada peluasan peratusan kelas
pertengahan. Masyarakat Melayu yang berpendidikan akan dapat
membantu mewujudkan lebih ramai kelas pertengahan bagi
kestabilan politik dan ekonomi negara.Pada masa kini, Melayu memiliki sejumlah
perniagaan di peringkat tinggi misalnya pemilik hartanah, perunding perhubungan
awam, pengurus dana dan perunding kejuruteraan.
Inilah hasil daripada pendidikan di bawah DEB yang melahirkan sejumlah
profesional Melayu yang dihormati. Dalam erti kata lain, DEB telah melahirkan
golongan profesional dan golongan kelas menengah Bumiputera yang mempunyai
kuasa beli yang kuat.
Selain itu,
kesan dari perancangan DEB melalui pendidikan telah berjaya meningkatkan peratus kecemerlangan pelajar Bumiputera di peringkat
tinggi. Menurut Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau ’berdasarkan maklumat dari Biro Tatanegara, peratus graduan
Bumiputera yang lulus dengan kepujian kelas pertama di Insitusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) meningkat dari 13.25 peratus pada tahun1996 kepada 25.4
peratus pada tahun 2002’.Sehubungan itu, kemasukan pelajar Melayu ke Institusi
Pengajian Tinggi Awam(IPTA) melepasi tahap 60 peratus dan ini adalah satu
peratusan yang jauh lebih tinggi dari yang
ditetapkan di bawah sistem kuota. Selain itu, kemasukan pelajar Melayu kedalam
kursus-kursus kritikal di IPTA juga meningkat. Negara juga mempunyai 18 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), termasuk sebuah Universiti
Islam Antarabangsa. Malah, Malaysia juga diiktiraf
sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bagi pelajar dari negara asing. Kini,
terdapat lebih 36,000 penuntut dari 150 negara yangdatang belajar di Malaysia.
Melalui DEB
juga jurang pendidikan di antara pelajar bandar dan luar bandar dirapatkan bagi
memastikan persaingan yang lebih adil dan saksama. Selain menempatkan guru-guru berpengalaman dan berkebolehan di
sekolah-sekolah luar bandar,
kemudahan-kemudahan yang sama seperti yang terdapat di bandar, termasuk lain-lain frastruktur
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) juga disediakan. Segala ini diambil kira untuk mewujudkan medan persaingan menjadi lebih rata
dan peluang anak Melayu untuk berjaya dapat ditingkatkan. Negara Malaysia kini
mempunyai Sekolah Bestari dimana menurut Dato Seri Najib Tun
Razak; ’Sekolah Bestari ditubuhkan ialah bukan sahaja
untuk memenuhi tuntutan Koridor Raya Multimedia
malahan melahirkan satu generasi rakyat Malaysia yang kreatif dan
inovatif’.Antara tujuannya ialah untuk menyediakan satu kumpulan tenaga kerja
yang kreatif dan berteknologi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk
mendemokrasikan pendidikan agar semua kanak-kanak berpeluang untuk
belajar. Maka, dengan ini terbukti bahawa DEB mampu memainkan perananya dalam pendidikan apabila kejayaan
demi kejayaan telah dikecapi hasil usaha keras kerajaan dan
kerjasama dari seluruh rakyat Malaysia.
4.2 Sektor Pembasmian Kemiskinan (FELDA)
Penempatan
FELDA, sama ada unit perkampungan tunggal atau bandar, adalah komuniti yang sengaja dibina atau dirancang di kawasan desa untuk mencapai matlamat-matlamat sosio-ekonomi negara. Sebagai komuniti baru
sudah tentu ia mempunyai ciri-ciri yang istimewa kerana ia dirancang berdasarkan konsep perancangan moden
dan polisi-polisi yang dibentuk khusus untuk membawa perubahan
sosial, ekonomi dan fizikal kepada masyarakat
desa. Petempatan FELDA adalah komuniti yang pertama yang dirancangkan secara menyeluruh di kawasan desa dan pembukaan tanah baru di luar
bandar.
4.2.1 Penyediaan
Infrastruktur Komuniti
Petempatan
FELDA disediakan dengan infrastruktur yang sesuai untuk kesejahteraan dan sosial para peneroka. Unit-unit petempatan ini mempunyai jalan raya
dan bekalan air untuk kesenangan para peneroka, sekolah untuk pendidikan
anak-anak, pusat kesihatan untuk kesejahteraan fizikal, masjid untuk
kesejahteraan rohaniah, kemudahan komuniti untuk perkembangan mental, kedai untuk memenuhi keperluan harian,
dan bekalan elektrik untuk rumah dan kemudahan lain turut
di berikan kepada peneroka FELDA.Penyediaan infrastruktur di petempatan FELDA
mencerminkan satu usaha untuk membawa modenisasi ke kawasan desa, iaitu
berasaskan kepercayaan bahawa perubahan sosio-ekonomi tidak dapat dicapai dengan memuaskan sekiranya
pusat-puat petempatan ini tidak disertakan dengan pembangunan fizikal dan peneroka dibiarkan tanpa infrastruktur yang diperlukan oleh sesebuah komuniti.Oleh kerana
asas ekonomi pusat- pusat petempatan FELDA dibina berdasarkan tanaman
perdagangan yang berorientasikan eksport, maka
hubungan dengan pusat-pusat bandar yang lain dan pelabuhan sama ada di Malaysia atau di luar Malaysia mestilah diwujudkan.
Ini memerlukan
satu sistem mengadakan kebun sendiri, dan berkongsi
sempadan yang sama dengan lot rumah jiran- jiran mereka.Kawasan pertanian yang
membentuk sempadan petempatan, dilindungi daripada pembangunan bukan pertanian
untuk menjaga kepentingan peneroka. Ini mengekalkan imbangan antara kawasan binaan yang mempunyai sempadan yang jelas
di dalam kampung dengan kawasan pertanian yang
memberikan persekitaran yang hijau, cantik nyaman dan bersih. Pemandangan seperti
ini tidak mudah dinikmati di pusat-pusat bandar
besar. Pembinaan bandar baru jugak berlaku dengan wujudnya petempatan
baru FELDA, bandar Muadzam Shah, di Rompin, Pahang adalah salah satu bandar
baru yang wujudhasil daripada pembukaan tanah FELDA di kawasan terbabit.
Penduduk FELDA dikawasan berhampiran bandar baru ini agak mudah untuk
menjalankan aktiviti berkaitandengan perbankan, urusan perniagaan, dan
lain-lain lagi yang memerlukan mereka untuk keluar ke bandar.
4.2.2 Pemilikan Tanah
Sistem
pemilikan tanah dalam komuniti FELDA adalah baru dan sangat berbeza dengan amalan pemilikan tanah tradisional di Malaysia. FELDA mengenakan
peraturan dan syarat yang ketat terhadap pemilikan tanah
untuk melindungi kepentingan dan kesejahteraan
peneroka. FELDA mempunyai kuasa untuk mengambil semula pemilikan tanah tersebut jika peneroka didapati melanggari mana-mana syarat
atau peraturan yang telah ditetapkan. Tujuan peraturan ini dibuat
adalah untuk menghalang pembangunan atau kemajuan
yang tidak diingini di ladang-ladang pertanian. Dengan cara ini, guna tanah yang telah ditetapkan dalam komuniiti kekal sebagaimana yang
telah dirancang. Disamping itu guna tanah pertanian dilindungi daripada diambil
untuk pembangunan perumahan atau pembangunan-pembangunan lain yang bertentangan
dengan prinsip perancangan yang di jalankan oleh FELDA. Kedua, peraturan
seperti ini adalah untuk mengelakkan pemilikan tanah bertukar milik kepada
orang lain yang tidak bertanggungjawab, dan
dengan itu menggagalkan tujuan asal FELDA untuk memberitanah kepada penduduk
desa yang tidak bertanah dan miskin.Hak milik tanah diberi kepada peneroka
berdasarkan sistem pemilikan bagitempoh selama 25 tahun.
Walaupun
peneroka di rancangan getah diberi hakmilik
berasingan bagi tanah mereka, di rancangan kelapa sawit, tanah diberi
hakmilik secara berkumpulan seperti yang telah di laksanakan di beberapa FELDA,
antaranya adalah FELDA Jengka dan FELDA Keratong di Pahang. Ini
adalah satu lagi ciri baru berhubung dengan amalan
pemilikan tanah di Malaysia. Tanah peneroka dibenarkan untuk diwarisioleh anak
mereka. Walaubagaimanapun, pemecahan tanah yang akan menimbulkan saiz tanah yang tidak ekonomis tidak dibenarkan. Oleh itu, FELDA
membenarkan tanah tersebut diwarisi oleh seorang sahaja daripada
anak peneroka. Kesemua langkah inidiambil untuk menjaga kepentingan peneroka
supaya ia tidak menjejaskan matlamat perancangan FELDA untuk member satu aras
pendapatan pertengahan kepada merekadan keluar mereka.Kini Genap 50 tahun
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA menempuh pelbagai cabaran untuk melaksanakan tanggungjawab
membangunkankawasan luar bandar. Dalam tempoh itu, pelbagai peristiwa cemerlang
dan pencapaian tanah yang telah ditetapkan dalam komuniiti
kekal sebagaimana yang telah dirancang. FELDA yang membanggakan dapat
disaksikan.
Misi 50 tahun pertama penubuhan FELDA sudah mencapai objektifnya, kini agensi itu menggalas tugas
untuk memastikankecemerlangannya terus bertahan untuk 50 tahun lagi. Semestinya
meletakkan kedudukan masyarakat peneroka lebih baik daripada apa
yang mereka nikmati hari ini.Selepas berjaya mencapai objektif penubuhannya
iaitu untuk memajukan kawasan pertanian secara produktif dan sempurna,
menggerakkan masyarakat peneroka supaya maju, produktif dan berdisiplin serta meningkatkan taraf hidup
lebih sempurna maka lebih jauh kepada pembabitan di peringkat
antarabangsa. Kestabilan harga sawit dangetah yang dianggap antara paling
selesa ketika ini membolehkan FELDA menjadi peneraju utama industri sawit hingga
ke peringkat antarabangsa. Dengan ini menunjukkan
bahawa, DEB yang telah di jalankan oleh pihak kerajaan walaupun tidak mencapai
objektif sepenuhnya, namun di peringkat proses penyusunan semula masyarakat, Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan
ekonomi, dan supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi boleh dikatakan berjaya dilaksanakan.
Golongan miskin yang telah berpindah ke kawasan
FELDA pada mulanya dengan tujuan untuk mendapatkan pekerjaan dan tanah kini telah menjadi warga Malaysia yang prodaktif dan inovatif
bagi kemajuan negara ini.
RUMUSANNYA
Selepas 20
tahun DEB ditinggalkan, rakyat Malaysia jelas mendapat sesuatu yang amat
bermakna dan bernilai daripada dasar yang telah dilaksanakan ini. Beberapa
projek yang dilaksanakan dapat dilihat hasil kejayaannya
seperti jurang ekonomi diantara kaum dapat dikurangkan dan semakin ramai rakyat Malaysia yang mendapat peluang
melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat tertinggi hasil daripada pelbagai
bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan.Walaubagaimanapun,
terdapat beberapa kepincangan dalam pelaksanaan DEB kerana masih terdapat kes-kes yang terpencil seperti kadar
kemiskinan untuk bumiputera adalah empat kali ganda lebih banyak berbanding
kaum-kaum lain.
Dasar Ekonomi
Baru yang bermatlamatkan perpaduan Negara melalui prosespembasmian kemiskinan
dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan Negara yang kukuh.
Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan
adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai objektif-objektif diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari
kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan
pemikiran rakyat dari sektor swasta dan lain-lain.
Thanks a lot for the blog ... these save me a lot of cost to buy a book that are related to the topics given ...
BalasPadamapa kekangan DEB semasa dan selepas pelaksanaannya?
BalasPadam