Jumaat, 3 April 2015




        PENYATAAN MASALAH KAJIAN


Jurang sosioekonomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera masih wujud sehingga kini contohnya seperti jurang antara desa dengan bandar, jurang antara Negeri Pantai Timur dengan Pantai Barat dan jurang antara Negeri di Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak.
àGolongan gelandangan pula ialah golongan yang tiada rumah disebabkan oleh bencana alam yang boleh mendatangkan penyakit dan kerosakan tanaman yang menyebabkan golongan ini menjadi gelandangan.
àKemerosotan ekonomi pembangunan negara malaysia merupakan akibat daripada kejatuhan harga barang eksport akibat daripada kemelesetan ekonomi dunia.

            OBJEKTIF KAJIAN


àmengenal pasti faktor-faktor penubuhan DEB
àmengetahui fungsi-fungsi DEB
àmengenal pasti kesan DEB kepada masyarakat dan pembangunan negara


      METODOLOGI KAJIAN


   Dalam kaedah kajian ini,kami menggunakan dua metodologi kajian iaitu kaedah kajian perpustakaan dan kaedah  kajian lapangan.
        
         Kaedah kajian perpustakaan melalui jurnal iaitu surat akhbar harian dan majalah. Jurnal tersebut memudahkan kami untuk mencari maklumat isu semasa dalam kajian kami.Selain itu, kami juga menggunakan buku Pengajian Malaysia sebagai rujukan untuk memahami konsep DEB ini dan dapat mengenal pasti cara penyelesaiannya. Disamping itu juga, kami dapat memperolehi maklumat DEB dengan lebih terperinci bagi menyiapkan tugasan ini.

          Metodologi kajian yang kedua ialah kaedah kajian lapangan yang menggunakan kaedah kuantitatif iaitu dengan mengedarkan 30 keping borang soal selidik yang mengandungi 15 soalan kepada pelajar Politeknik Nilai yang tediri daripada Kelas DIB 1B(32 orang pelajar), DRM(53 orang pelajar) dan DBT(29 orang pelajar). Tujuan kami mengedarkan borang soal selidik kepada pelajar ialah untuk mengetahui tahap pengetahuan mereka tentang faktor-faktor penubuhan DEB ,fungsi-fungsi DEB dan kesan DEB kepada masyarakat dan pembangunan negara Malaysia pada masa kini. Borang soal selidik ini akan dikutip selepas 5 minit.


            BATASAN KAJIAN

      Dalam kajian ini , jumlah responden untuk mengisi borang soal selidik ini ialah, 30 orang responden sahaja yang melibatkan tiga buah kelas yang berlainan jabatan dan juga daripada jabatan yang sama iaitu DIB 1B(32 pelajar), DRM(53 pelajar) dan DBT(29 pelajar). Setiap kelas kami hanya mengambil 10 orang responden sahaja. Akhir sekali, daripada 30 responden kami hanya akan mengambil sample daripada 10 responden agar kajian kami mencapai matlamatnya.


    KEPENTINGAN KAJIAN


 i) Kepada masyarakat
         à masyarakat akan bersatu padu dalam semua aktiviti
         à masyarakat saling hormat-menghomati
         à taraf hidup masyarakat meningkat

ii) Kepada individu
        à individu dapat memajukan diri sendiri dalam pendidikan
        à individu mendapat peluang pekerjaan yang baik
        à taraf hidup berubah menjadi lebih baik


      iii) Kepada negara
         à Ekonomi negara berkembang pesat
         à Pembangunan negara berkembang maju
         à Pendapatan negara meningkat


DATA SOAL SELIDIK



         Berdasarkan keputusan yang kami perolehi daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar-pelajar di politeknik nilai ialah bilangan pelajar yang sangat tidak bersetuju terhadap soalan nombor 1 ialah 8 orang , dan tidak bersetuju juga 8 orang yang bersetuju 6 dan akhir sekali sangat bersetuju hanya 6 orang pelajar sahaj daripada 30 orang pelajar . Berdasarkan penyataan yang dinyatakan di soalan nombor 1 ialah Penubuhan DEB ialah bagi mencapai perpaduan negara . Dalam hal ini mungkin pelajar tidak dapat melihat hasil yang dilakukan oleh DEB bagi meguatkan lagi perpaduan kaum di Malaysia yang  terdiri daripada pelbagai  budaya seperti   india , cina dan melayu                  
      Soalan yang ke 2 , Ketidak seimbangan pendapatan dan kadar kemiskinan antara kaum juga merupakan faktor-faktor penubuhan DEB . Berdasarkan soalan 2 bilangan pelajar yang sangat tidak bersetuju hanya 1 , tidak bersetuju 2 orang , setuju 12 orang dan sangat bersetuju mempunyai nilai yang tinggi iaitu 15 orang pelajar daripada 30 pelajar . Disini mungkin pelajar melihat faktor kemiskinan yang berada dimalaysia agak berkurang berbanding tahun terdahulu dan mungkin DEB berjaya dalam melaksanakan tugas meraka .
      Soalan 3 iaitu Bagi penyusunan semula masyarakat jumlah pelajar yang sangat tidak bersetuju ialah 8 orang , tidak bersetuju 7 orang , setuju 6 orang dan sangat setuju 9 orang daripada 30 orang . Dalam hal ini bilangan pelajar hampir sama antara bersetuju dan tidak bersetuju  mugkin sesetegah pelajar dapat melihat pelaksanan faktor DEB dalam penyusunan semula masyarakat yang dilakukan DEB .
       Soalan ke 4 ,  banyak belajar yang tidak bersetuju dengan soalan ini dalam hal ini pelajar tidak dapat melihat peranan yang dimainkan oleh DEB ini kerana ketidak seimbangan perkejaan antara kaum masih lagi berlaku di negara Malaysia contohnya kaum cina lebih meguasai dalam bidang perniagaan di Malaysia berbanding orang melayu .
     Soalan yang terakhir mengenai pembasmian kemiskinan dalam hal ini pelajar juga tidak bersetuju dengan faktor yang dilaksanakan oleh DEB kerana perkara tersebut tidak dapat dilihat oleh pelajar pada masa kini .    






      Berdasarkan keputusan yang kami perolehi daripada borang soal selidik mengenai Fungsi-Fungsi DEB yang diedarkan kepada pelajar-pelajar di politeknik nilai mengenai soalan 1 iaitu DEB membuat penekanan mengenai perpaduan melalui pembangunan . Bilangan sangat  tidak bersetuju pada soalan 1 , 5 orang pelajar , tidak bersetuju 2 orang , setuju  14 orang dan sangat bersetuju 9 orang pelajar sahaja . Dalam hal ini pelajar dapat melihat bahwa fungsi-fungsi  DEB telah dilaksanakan dengan baik .
      Berdasarkan soalan 2 bilangan belajar sangat tidak bersetuju 2 orang , tidak bersetuju  11 orang , setuju 12 orang dan sangat bersetuju 5 orang berdasarkan soalan ini iaitu DEB memperkukuhkan keupayaan, kebolehan, dan keazaman Negara bagi sosioekonomi menghadapi cabaran masa hadapan .  Bilangan pelajar bersetuju lebih banyak berbanding tidak bersetuju ini kerana pelajar dapat melihat bahawa DEB telah memainkan perananya dalam sosioekonomi meghadapi cabaran pada masa hadapan .
    Soalan ke 3 iaitu jurang kemiskinan masih berlaku di Malaysia dalam hal ini pelajar bersetuju dengan fungsi DEB bahawa jurang kemiskinan di Malaysia masih lagi berlaku di negara Malaysia .
    Soalan ke 4 pengganguran yang berlaku di Malaysia masih berlaku tetapi jumlah agak berkurang dalam hal ini pelajar banyak yang bersetuju kerana DEB juga memainkan peranan nya dalam megurangkan gejala sosial yang berlaku disebabkan pengganguran di Malaysia .
    Solan ke 5 iaitu DEB mewujudkan peluang perkerjaan untuk semua golongan terutama golangan penggangur dalam DEB Berjaya dalam memainkan peranannya dalam memberi perkerjaan kepada penggangur yang berada di Malaysia dan kebanyakan pelajar juga bersetuju dengan perkara tersebut .   den terhadap faktor-faktor penubuhan DEB lebih banyak daripada bersetuju dengan faktor-faktor DEB .






           Berdasarkan keputusan yang kami perolehi daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar-pelajar di politeknik nilai ialah peratus tidak bersetuju terhadap kesan-kesan  penubuhan DEB lebih banyak daripada bersetuju dengan faktor-faktor DEB . Dalam hal ini kemungkinan  pelajar tidak tahu mengenai kesan-kesan penubuhan DEB dan hasil daripada penubuhan DEB tersebut . Peratus sangat bersetuju memperolehi peratus yang ke-2 terbesar dalam hal ini pelajar mungkin memahami faktor-faktor DEB dan memahami faktor penubuhan DEB tersebut .

RUMUSAN




       Selepas 20 tahun DEB ditinggalkan, rakyat Malaysia jelas mendapat sesuatu yang amat bermakna dan bernilai daripada dasar yang telah dilaksanakan ini. Beberapa projek yang dilaksanakan dapat dilihat hasil kejayaannya seperti jurang ekonomi diantara kaum dapat dikurangkan dan semakin ramai rakyat Malaysia yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat tertinggi hasil daripada pelbagai bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan.Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kepincangan dalam pelaksanaan DEB kerana masih terdapat kes-kes yang terpencil seperti kadar kemiskinan untuk bumiputera adalah empat kali ganda lebih banyak berbanding kaum-kaum lain.

          Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan Negara melalui prosespembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan Negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai objektif-objektif diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta dan lain-lain.

 RUJUKAN 

    Dalam kajian ini, kami memperolehi sesetengah maklumat melalui rujukan buku yang mengandungi isu-isu semasa terkini yang diperlukan dalam kajian kami iaitu buku pengajian Malaysia Edisi Kelima (tahun 2014), pengarangnya terdiri daripada dua orang iaitu Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin pada muka surat 361 sehingga 367. Selain itu juga, kami telah menggunakan laman sesawang untuk memperolehi semua maklumat yang berkaitan dengan kajian ini iaitu :-







Jumaat, 20 Mac 2015

 DASAR EKONOMI BARU
                                                                       
            Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara. Selain itu, rancangan ini juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu,serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain. Maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini. Ketegangan antara golongan yang berharta dan tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain.Didapati juga orang melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990.
            Secara khususnya sumbangan DEB kepada pembentukan perpaduan di Malaysia pada masa kini adalah untuk mengurangkan dan menghapuskan keadaan dan suasana sosial serta ekonomi yang tidak seimbang. Selain itu menggalakkan perkongsian yang adil dan saksama supaya faedah yang diperolehi daripada pembangunan negara dapat dinikmati bersama oleh semua rakyat malaysia. Seterusnya menggalakkan dan mengukuhkan intergrasi nasional menerusi pegurangan jurang perbezaan pembangunan ekonomi diantara negeri dan diantara kawasan bandar dan luar bandar.Membangunkan sebuah masyarakat yang maju dimana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping memiliki nilai-nilai sosial dan kerohanian serta perasaan cinta akan negara.Disamping itu, DEB juga memajukan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri menerusi satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.

FUNGSI-FUNGSI DEB
Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-
  • penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
  • pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum
Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.
         Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:
  • Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990.
  • Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
  • Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain;
  • Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.
Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:
  • penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
  • pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;
Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar.
Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.

Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya :

Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990. Selain itu,mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.

Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain.

Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

FAKTOR-FAKTOR PENUBUHAN DEB
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia Kedua pada tahun 1970 selepas negara dikejutkan dengan peristiwa 13 Mei 1969:
[i]   Siapa sangka bahawa peristiwa rusuhan kaum ini merupakan kejutan sosiopolitik terhadap kehidupan masyarakat majmuk di negara kita yang dipisahkan jurang sosioekonomi yang sangat ketara oleh penjajah tanpa diatasi sepenuhnya pemimpin terdahulu. Atas dasar demi kemakmuran dan keamanan yang perlu dikekalkan, maka kerajaan mengambil telah langkah bijak dengan usaha mengagihkan kekayaan negara kepada semua kaum terutama kaum bumiputera yang jauh ketinggalan dalam menikmati kemakmuran dalam negara sendiri menerusi DEB.
[ii]   DEB merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama yang meliputi tempoh antara tahun 1970-1990 melalui:
      Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
      Rancangan Malaysia Ketiga (1976- 1980)
      Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
      Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990 )
[iii]  Bagaimana pun, masyarakat bukan bumiputera juga tidak dinafikan hak mereka. Dalam pelaksanaan DEB, konsep serampang dua mata sangat popular digunakan kerana terdapat dua matlamat yang digariskan dalam dasar ini iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat di negara kita. Kedua-dua matlamat ini mempunyai tuju arah yang satu iaitu mengintegrasikan masyarakat majmuk Malaysia.

Strategi Membasmi Kemiskinan
Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum merupakan matlamat utama DEB. Hal ini kerana pencetus dasar ini jelas disebabkan ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik.
[iv]  Antara strategi membasmi kemiskinan yang dilaksanakan dalam DEB ialah memodenkan keadaan kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah sama ada di bandar atau di luar bandar dengan meningkatkan lagi penyediaan kemudahan-kemudahan asas dan juga yang bersabit dengan pendidikan seperti bantuan buku dan biasiswa.
[v]   Keadaan masyarakat Malaysia sebelum DEB sangat berbeza-beza apatah lagi hanya masyarakat yang tinggal di bandar sahaja menikmati kemudahan-kemudahan asas seperti perubatan, pendidikan dan sebagainya manakala masyarakat di luar jauh ketinggalan. Dengan memodenkan keadaan kehidupan rakyat dengan menyediakan kemudahan asas iaitu pendidikan, perkhidmatan, perubatan, bekalan air dan bekalan elektrik[vi] sekaligus jurang kemiskinan dapat dikendurkan.
[vii]  Selain itu, kerajaan turut meluaskan lagi peluang-peluang pekerjaan bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum juga dilaksanakan dalam strategi membasmi kemiskinan. Kerajaan telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum tanpa terikat lagi dengan dasar ekonomi pecah dan perintah penjajah. Maknanya, kaum Melayu diberi peluang luas menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan bidang-bidang lain yang sebelum ini kaum Melayu amat terikat dengan kegiatan pertanian sara diri di luar bandar. Begitu juga dengan kaum lain seperti Cina dan India turut diberi peluang mencebur diri dalam bidang ekonomi lain seperti bidang perkhidmatan dan perindustrian.

Di samping itu, kerajaan juga telah mengalakkan penyertaan semua kaum dalam sektor-sektor yang berpotensi tinggi dan daya pengeluaran yang tinggi seperti perniagaan, perindustrian dan juga perkhidmatan.
[viii]   Hal ini bertujuan agar rakyat Malaysia yang mempunyai modal yang besar digalakkan menceburkan diri dalam bidang berpotensi tinggi sekaligus membantu pembangunan ekonomi negara dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum.Strategi lain yang dilaksanakan dalam strategi membasmi kemiskinan ialah memajukan lagi daya pengeluaran golongan miskin yang seterusnya dapat meningkatkan pendapatan penduduk. Antara langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah menambahkan peluang untuk menukarkan kegiatan yang mempunyai daya pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi seperti rancangan tanah FELDA, FELCRA, projek perikanan dan ternakan moden; kegiatan perniagaan, pembuatan dan perkhidmatan moden; kemudahan bantuan kewangan dan teknik; serta peluang pendidikan dan latihan.Kerajaan juga berusaha menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan melalui teknik moden dan kemudahan-kemudahan yang lebih baik, dengan program-program tanaman padi dua kali setahun; tanaman padi luar musim; kemudahan parit dan tali air; kemudahan pasaran dan kredit demi membantu golongan bumiputera di kawasan luar bandar.
Strategi Menyusun Semula Masyarakat
Salah satu strategi menyusun semula masyarakat ialah menambahkan pemilikan rakyat dalam sektor swasta. Strategi ini bertujuan meningkatkan pemilikan kaum bumiputera sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah saham dalam sektor swasta dan perniagaan. Perkara ini tidak bermakna menafikan hak bukan bumiputera kerana DEB juga jelas menggariskan bahawa penglibatan mereka boleh mencapai sehingga tahap 40% dalam tempoh yang sama dan selebihnya pelabur-pelabur asing.
[ix]  Hal ini disebabkan kaum bumiputera memang ketinggalan dalam pemilikan ekonomi sejak negara kita mencapai kemerdekaan.
Selain itu, strategi menyusun semula masyarakat juga termasuk membina satu masyarakat perdagangan dalam kalangan bumiputera. Matlamat untuk membentuk sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) telah disokong oleh kerajaan melalui pemberian kontrak,kuota dan lesen kepada perniagaan milik bumiputera dan syarikat usaha sama dengan bumiputera.Antara langkah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat pedagang ialah menambahkan pemilikan bumiputera dalam ekonomi melalui penubuhan UDA dan pelancaran Permodalan Nasional Berhad dan Amanah Saham Nasional. Selain itu, Akta Penyelarasan Perindustrian (1975) juga telah diluluskan dalam tempoh DEB. Perkara ini jelas ingin memastikan penglibatan 30% bumiputera dalam pemilikan ekonomi tercapai. Kerajaan juga telah menyediakan beberapa pakej sokongan baru untuk mencapai matlamat ini seperti Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Penswastaan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan sekaligus kadar pengangguran negara dapat dikurangkan.

Strategi lain dalam menyusun semula masyarakat yang pelbagai ras ialah membangunkan kawasan-kawasan yang selama ini mundur tetapi berpotensi tinggi. Antaranya ialah pembangunan wilayah.
[x]  Objektif rancangan dan pembangunan wilayah di bawah DEB adalah mengurangkan ketidaksamaan tingkat kehidupan di antara kawasan-kawasan dengan menggandakan kadar pertumbuhan yang berhubung dengan kawasan-kawasan yang kurang membangun, mengeksploitasi sepenuhnya potensi sumber-sumber tenaga manusia dan fizikal di kawasan kurang membangun dan dengan menyamaratakan agihan perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan asas.
[xi]   Perancangan Wilayah ini boleh terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
1. Perancangan untuk pembangunan sumber-sumber kawasan seperti Johor Tenggara, Perak Utara, Melaka dan Utara Semenanjung.
2. Rancangan kawasan-kawasan utara atau pusat-pusat pertumbuhan, termasuklah Rancangan Lembah Kelang, Pelan Induk Pulau Pinang, Rancangan Johor Selatan dan Rancangan Kuantan.
3. Rancangan pembangunan pertanian untuk kawasan Perak hingga barat daya Johor
.[xii]  DEB juga turut memberi ruang kepada pembangunan bandar, Kerajaan telah mencorakkan perbandaran-perbandaran baru dan pembinaan industri-industri baru supaya kepentingan kaum Melayu sentiasa diuatamakan. Kerajaan telah menitikberatkan latihan kemahiran kepada kaum Melayu agar mereka berkebolehan mengurus, mentadbir, atau memiliki perusahaan-perusahaan. Perkara ini telah mengalakkan penghijrahan orang Melayu dari luar bandar ke bandar. Orang Melayu yang berhijrah ke bandar pada umumnya terdiri daripada golongan msikin muda dalam lingkungan umur antara 20-30 tahun.
[xiii]  Hal ini disebabkan tawaran kerajaan dalam DEB kepada mereka sangat baik sekaligus untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu kemiskinan. Untuk mencapai matlamat itu, pelbagai institusi disaran memberi peluang kepada bumiputera iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Nasional (PERNAS), Federal Industrial Development Authority (FIDA), Malaysian Industrial Development Finance) dan Urban Development Finance) dan Urban Development Authority (UDA) yang menyediakan keperluan-keperluan teknikal dan bantuan kewangan kepada kaum Melayu dan bumiputera yang lain dalam bidang moden, sama ada secara keseluruhan ataupun secara usaha bersama.
[xiv]  Di samping itu, dalam menyusun semula masyarakat kerajaan juga telah berusaha meluaskan lagi peluang-peluang pelajaran dalam dan luar negeri. Hal ini bermaksud kerajaan telah mengalakkan lebih golongan bumiputera melanjutkan pelajaran dalam dan luar negara demi menambahkan jumlah pekerja bumiputera dalam bidang profesional seperti guaman, perubatan dan lain-lain lagi. Kerajaan juga telah membina dan menyediakan lebih banyak sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan juga turut menyediakan kemudahan sampingan yang lain bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kalangan rakyat.Bagi pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, kerajaan turut menyediakan kemudahan biasiswa dan kerajaan turut memberi kuota kepada orang Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke universiti awam.
[xv]   Hal ini juga disebabkan kaum bumiputera jauh ketinggalan ke belakang dalam bidang pendidikan dan ini juga menjadi asas penting kepada perubahan besar ekonomi Malaysia serta pemindahan secara beransur-ansur pekerja-pekerja Bumiputera ke sektor-sektor moden industri dan bidang yang diharapkan. Hasilnya daripada itu, kenaikkan pendapatan purata bulanan isi rumah kaum Melayu di Semenanjung adalah 5 kali ganda antara tahun 1970 dengan 1990, berbanding kaum Cina yang cuma 4 kali ganda pada tempoh yang sama. Dari segi guna tenaga, didapati kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertama, khususnya pertanian masih tinggi. Walau bagaimanapun, penglibatan kaum Melayu dalam sektor kedua dan ketiga telah bertambah. Keahlian bumiputera dalam kumpulan profesional seperti arkitek, akauntan, jurutera dan doktor di Malaysia juga telah berkembang dengan cepat.

Kesan DEB kepada masyarakat dan pembangunan negara
4.1  Sektor Pendidikan
         Kejayaan DEB yang paling nyata dan membanggakan ialah penurunan kadar kemiskinan dan peningkatan taraf pendidikan kaum Bumiputera. Melalui pendidikan yang diterapkan, telah memberikan impak yang positif sehingga hari ini dimana bilangan profesional Bumiputera telah bertambah. Peratusan graduan Bumiputera ke luar negara untuk mencapai tahap profesionalisma bumiputera ke puncak tertinggi juga meningkat. Kini, terdapat ramai pakar perubatan Bumiputera di hospital-hospital. Keadaan ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan kira-kira 45 tahun lalu di mana hanya ada segelintir sahaja doktor pakar Bumiputera. Malahan, kini, banyak syarikat besar di Malaysia diketuai oleh golongan profesional Bumiputera dan ramai profesional Bumiputera mampu berdaya saing untuk bekerja di luar negara.Kejayaan DEB melalui pendidikan telah membawa kepada masyarakat Melayu yang berpendidikan sejak 70-an yang telah menyumbang kepada peluasan peratusan kelas pertengahan. Masyarakat Melayu yang berpendidikan akan dapat membantu mewujudkan lebih ramai kelas pertengahan bagi kestabilan politik dan ekonomi negara.Pada masa kini, Melayu memiliki sejumlah perniagaan di peringkat tinggi misalnya pemilik hartanah, perunding perhubungan awam, pengurus dana dan perunding kejuruteraan. Inilah hasil daripada pendidikan di bawah DEB yang melahirkan sejumlah profesional Melayu yang dihormati. Dalam erti kata lain, DEB telah melahirkan golongan profesional dan golongan kelas menengah Bumiputera yang mempunyai kuasa beli yang kuat.
       Selain itu, kesan dari perancangan DEB melalui pendidikan telah berjaya meningkatkan peratus kecemerlangan pelajar Bumiputera di peringkat tinggi. Menurut Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau ’berdasarkan maklumat dari Biro Tatanegara, peratus graduan Bumiputera yang lulus dengan kepujian kelas pertama di Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) meningkat dari 13.25 peratus pada tahun1996 kepada 25.4 peratus pada tahun 2002’.Sehubungan itu, kemasukan pelajar Melayu ke Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) melepasi tahap 60 peratus dan ini adalah satu peratusan yang jauh lebih tinggi dari yang ditetapkan di bawah sistem kuota. Selain itu, kemasukan pelajar Melayu kedalam kursus-kursus kritikal di IPTA juga meningkat. Negara juga mempunyai 18 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), termasuk sebuah Universiti Islam Antarabangsa. Malah, Malaysia juga diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bagi pelajar dari negara asing. Kini, terdapat lebih 36,000 penuntut dari 150 negara yangdatang belajar di Malaysia.
         Melalui DEB juga jurang pendidikan di antara pelajar bandar dan luar bandar dirapatkan bagi memastikan persaingan yang lebih adil dan saksama. Selain menempatkan guru-guru berpengalaman dan berkebolehan di sekolah-sekolah luar  bandar, kemudahan-kemudahan yang sama seperti yang terdapat di bandar, termasuk lain-lain frastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) juga disediakan. Segala ini diambil kira untuk mewujudkan medan persaingan menjadi lebih rata dan peluang anak Melayu untuk berjaya dapat ditingkatkan. Negara Malaysia kini mempunyai Sekolah Bestari dimana menurut Dato Seri Najib Tun Razak; ’Sekolah Bestari ditubuhkan ialah bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan Koridor Raya Multimedia malahan melahirkan satu generasi rakyat Malaysia yang kreatif dan inovatif’.Antara tujuannya ialah untuk menyediakan satu kumpulan tenaga kerja yang kreatif dan berteknologi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendemokrasikan pendidikan agar semua kanak-kanak berpeluang untuk belajar. Maka, dengan ini terbukti bahawa DEB mampu memainkan perananya dalam pendidikan apabila kejayaan demi kejayaan telah dikecapi hasil usaha keras kerajaan dan kerjasama dari seluruh rakyat Malaysia.

4.2  Sektor Pembasmian Kemiskinan (FELDA)
       Penempatan FELDA, sama ada unit perkampungan tunggal atau bandar, adalah komuniti yang sengaja dibina atau dirancang di kawasan desa untuk mencapai matlamat-matlamat sosio-ekonomi negara. Sebagai komuniti baru sudah tentu ia mempunyai ciri-ciri yang istimewa kerana ia dirancang berdasarkan konsep perancangan moden dan polisi-polisi yang dibentuk khusus untuk membawa perubahan sosial, ekonomi dan fizikal kepada masyarakat desa. Petempatan FELDA adalah komuniti yang pertama yang dirancangkan secara menyeluruh di kawasan desa dan pembukaan tanah baru di luar bandar.
        4.2.1 Penyediaan Infrastruktur Komuniti
Petempatan FELDA disediakan dengan infrastruktur yang sesuai untuk kesejahteraan dan sosial para peneroka. Unit-unit petempatan ini mempunyai jalan raya dan bekalan air untuk kesenangan para peneroka, sekolah untuk pendidikan anak-anak, pusat kesihatan untuk kesejahteraan fizikal, masjid untuk kesejahteraan rohaniah, kemudahan komuniti untuk perkembangan mental, kedai untuk memenuhi keperluan harian, dan bekalan elektrik untuk rumah dan kemudahan lain turut di berikan kepada peneroka FELDA.Penyediaan infrastruktur di petempatan FELDA mencerminkan satu usaha untuk membawa modenisasi ke kawasan desa, iaitu berasaskan kepercayaan bahawa perubahan sosio-ekonomi tidak dapat dicapai dengan memuaskan sekiranya pusat-puat petempatan ini tidak disertakan dengan pembangunan fizikal dan peneroka dibiarkan tanpa infrastruktur yang diperlukan oleh sesebuah komuniti.Oleh kerana asas ekonomi pusat- pusat petempatan FELDA dibina berdasarkan tanaman perdagangan yang berorientasikan eksport, maka hubungan dengan pusat-pusat bandar yang lain dan pelabuhan sama ada di Malaysia atau di luar Malaysia mestilah diwujudkan.
        Ini memerlukan satu sistem mengadakan kebun sendiri, dan berkongsi sempadan yang sama dengan lot rumah jiran- jiran mereka.Kawasan pertanian yang membentuk sempadan petempatan, dilindungi daripada pembangunan bukan pertanian untuk menjaga kepentingan peneroka. Ini mengekalkan imbangan antara kawasan binaan yang mempunyai sempadan yang jelas di dalam kampung dengan kawasan pertanian yang memberikan persekitaran yang hijau, cantik nyaman dan bersih. Pemandangan seperti ini tidak mudah dinikmati di pusat-pusat bandar  besar. Pembinaan bandar baru jugak berlaku dengan wujudnya petempatan baru FELDA, bandar Muadzam Shah, di Rompin, Pahang adalah salah satu bandar baru yang wujudhasil daripada pembukaan tanah FELDA di kawasan terbabit. Penduduk FELDA dikawasan berhampiran bandar baru ini agak mudah untuk menjalankan aktiviti berkaitandengan perbankan, urusan perniagaan, dan lain-lain lagi yang memerlukan mereka untuk keluar ke bandar.
         4.2.2 Pemilikan Tanah
Sistem pemilikan tanah dalam komuniti FELDA adalah baru dan sangat berbeza dengan amalan pemilikan tanah tradisional di Malaysia. FELDA mengenakan peraturan dan syarat yang ketat terhadap pemilikan tanah untuk melindungi kepentingan dan kesejahteraan peneroka. FELDA mempunyai kuasa untuk mengambil semula pemilikan tanah tersebut jika peneroka didapati melanggari mana-mana syarat atau peraturan yang telah ditetapkan. Tujuan peraturan ini dibuat adalah untuk menghalang pembangunan atau kemajuan yang tidak diingini di ladang-ladang pertanian. Dengan cara ini, guna tanah yang telah ditetapkan dalam komuniiti kekal sebagaimana yang telah dirancang. Disamping itu guna tanah pertanian dilindungi daripada diambil untuk pembangunan perumahan atau pembangunan-pembangunan lain yang bertentangan dengan prinsip perancangan yang di jalankan oleh FELDA. Kedua, peraturan seperti ini adalah untuk mengelakkan pemilikan tanah bertukar milik kepada orang lain yang tidak  bertanggungjawab, dan dengan itu menggagalkan tujuan asal FELDA untuk memberitanah kepada penduduk desa yang tidak bertanah dan miskin.Hak milik tanah diberi kepada peneroka berdasarkan sistem pemilikan bagitempoh selama 25 tahun.       
         Walaupun peneroka di rancangan getah diberi hakmilik  berasingan bagi tanah mereka, di rancangan kelapa sawit, tanah diberi hakmilik secara berkumpulan seperti yang telah di laksanakan di beberapa FELDA, antaranya adalah FELDA Jengka dan FELDA Keratong di Pahang. Ini adalah satu lagi ciri baru berhubung dengan amalan pemilikan tanah di Malaysia. Tanah peneroka dibenarkan untuk diwarisioleh anak mereka. Walaubagaimanapun, pemecahan tanah yang akan menimbulkan saiz tanah yang tidak ekonomis tidak dibenarkan. Oleh itu, FELDA membenarkan tanah tersebut diwarisi oleh seorang sahaja daripada anak peneroka. Kesemua langkah inidiambil untuk menjaga kepentingan peneroka supaya ia tidak menjejaskan matlamat perancangan FELDA untuk member satu aras pendapatan pertengahan kepada merekadan keluar mereka.Kini Genap 50 tahun Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA menempuh pelbagai cabaran untuk melaksanakan tanggungjawab membangunkankawasan luar bandar. Dalam tempoh itu, pelbagai peristiwa cemerlang dan pencapaian tanah yang telah ditetapkan dalam komuniiti kekal sebagaimana yang telah dirancang. FELDA yang membanggakan dapat disaksikan.
       Misi 50 tahun pertama penubuhan FELDA sudah mencapai objektifnya, kini agensi itu menggalas tugas untuk memastikankecemerlangannya terus bertahan untuk 50 tahun lagi. Semestinya meletakkan kedudukan masyarakat peneroka lebih baik daripada apa yang mereka nikmati hari ini.Selepas berjaya mencapai objektif penubuhannya iaitu untuk memajukan kawasan pertanian secara produktif dan sempurna, menggerakkan masyarakat peneroka supaya maju, produktif dan berdisiplin serta meningkatkan taraf hidup lebih sempurna maka lebih jauh kepada pembabitan di peringkat antarabangsa. Kestabilan harga sawit dangetah yang dianggap antara paling selesa ketika ini membolehkan FELDA menjadi peneraju utama industri sawit hingga ke peringkat antarabangsa. Dengan ini menunjukkan bahawa, DEB yang telah di jalankan oleh pihak kerajaan walaupun tidak mencapai objektif sepenuhnya, namun di peringkat proses penyusunan semula masyarakat, Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi, dan supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi boleh dikatakan berjaya dilaksanakan. Golongan miskin yang telah berpindah ke kawasan FELDA pada mulanya dengan tujuan untuk mendapatkan pekerjaan dan tanah kini telah menjadi warga Malaysia yang prodaktif dan inovatif bagi kemajuan negara ini.

RUMUSANNYA
         Selepas 20 tahun DEB ditinggalkan, rakyat Malaysia jelas mendapat sesuatu yang amat bermakna dan bernilai daripada dasar yang telah dilaksanakan ini. Beberapa projek yang dilaksanakan dapat dilihat hasil kejayaannya seperti jurang ekonomi diantara kaum dapat dikurangkan dan semakin ramai rakyat Malaysia yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat tertinggi hasil daripada pelbagai bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan.Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kepincangan dalam pelaksanaan DEB kerana masih terdapat kes-kes yang terpencil seperti kadar kemiskinan untuk bumiputera adalah empat kali ganda lebih banyak berbanding kaum-kaum lain.

         Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan Negara melalui prosespembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan Negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai objektif-objektif diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta dan lain-lain.